Jika tidak dibayar pada tarikh ditetapkan, Notis Tuntutan (Notis 6A) akan dikeluarkan dengan dikenakan bayaran RM20.00 setiap notis. Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penyampaian notis 6A,tindakan MERAMPAS TANAH akan diambil. Penalti maksima 6 kali ganda nilai cukai tanah tertunggak dikenakan untuk menebus kembali tanah itu.
Selamat Datang ke
Hasil Hub Johor
Hasil Hub Johor merupakan gerbang digital rasmi perkhidmatan hasil tanah Negeri Johor yang menyediakan kemudahan semakan cukai tanah dan cukai petak secara bersepadu. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui akses yang lebih cekap, telus dan selamat kepada maklumat hakmilik, sejarah transaksi serta urusan berkaitan cukai tanah dan cukai petak.
