Semua maklumat hakmilik dan pembayaran adalah dengan mengikut piawaian data enkripsi. KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kegagalan oleh anda atau pihak ketiga terhadap semakan hakmilik dan pembayaran untuk melindungi data pada paparan skrin daripada dilihat orang lain atau diperolehi oleh mereka yang terbabit semasa proses semakan dalam talian.
2. Had TanggungjawabAnda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, niat baik atau kerugian ketara yang lain akibat daripada tetapi tidak terhad kepada:
KERAJAAN NEGERI JOHOR boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta. KERAJAAN NEGERI JOHOR juga boleh menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk tempoh masa yang panjang. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
4. Perubahan Kepada Syarat-Syarat PerkhidmatanKERAJAAN NEGERI JOHOR mempunyai hak pada setiap masa untuk membuat perubahan, pengubahsuaian,pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini dengan memberi notis terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan platform ini atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana terdapat keperluan untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa terlebih dahulu memberikan sebarang notis kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan,pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini
5. Pengubahsuaian Kepada PerkhidmatanKERAJAAN NEGERI JOHOR mempunyai hak pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa untuk mengubahsuai atau menamatkan, secara sementara atau tetap, perkhidmatan (atau mana-mana bahagiandaripadanya) dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian,penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.
6. UmumTajuk-tajuk yang digunakan di bawah terma dan syarat hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambil kira dalam tafsiran syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah disisi undang-undang semasa atau akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah tidak pernah terdiri daripada sebahagian Terma dan Syarat dan peruntukan-peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini akan kekal dengan kuat kuasa penuh dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah.
Sila pilih kategori pengguna
Sila pilih kategori pengguna