• Utama
  • Mengenai Kami
Log Masuk Daftar
  • Utama
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hubungi Kami

07-2666893 / 07-2666805
shtj@johor.gov.my

Lokasi

Pejabat Tanah dan Galian Johor.
Bangunan Dato' Mohammad Salleh Perang, Kota Iskandar,
Peti Surat 718, 79576 Iskandar Puteri,
Johor Darul Ta'zim.

Isi Maklumat Penuh

Terma dan Syarat
Terma dan syarat penggunaan Hasil Hub Johor. Di bawah ini adalah Terma dan Syarat penggunaan platform Hasil Hub Johor yang menetapkan hak serta kewajipan anda semasa mengakses dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Dengan mengakses dan/atau menggunakan platform Hasil Hub Johor, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini yang membentuk suatu perjanjian antara anda sebagai pengguna, agensi-agensi yang mengambil bahagian dan Pentadbiran Tanah Johor.Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan Hasil Hub Johor seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat semasa ini.
1. Keselamatan

Semua maklumat hakmilik dan pembayaran adalah dengan mengikut piawaian data enkripsi. KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kegagalan oleh anda atau pihak ketiga terhadap semakan hakmilik dan pembayaran untuk melindungi data pada paparan skrin daripada dilihat orang lain atau diperolehi oleh mereka yang terbabit semasa proses semakan dalam talian.

2. Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, niat baik atau kerugian ketara yang lain akibat daripada tetapi tidak terhad kepada:

  1. Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  2. Kos perolehan barangan dan perkhidmatan berikutan pembelian sebarang barangan, data,maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau pengganti atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada platform ini;
  3. Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  4. Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di platform ini;
  5. Ketidakupayaan untuk menggunakan, atau akibat daripada penggunaan platform ini, mana-mana medium yang dikaitkan dengan platform ini, atau bahan-bahan atau maklumat yang terdapat di mana-mana atau semua laman-laman tersebut, sama ada berdasarkan jaminan, kontrak, tort atau mana-mana teori undang-undang lain dan sama ada atau tidak dimaklumkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut; dan
  6. Apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan platform ini.
3. Penamatan

KERAJAAN NEGERI JOHOR boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau keseluruhan perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, berkuatkuasa serta merta. KERAJAAN NEGERI JOHOR juga boleh menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk tempoh masa yang panjang. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

4. Perubahan Kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan

KERAJAAN NEGERI JOHOR mempunyai hak pada setiap masa untuk membuat perubahan, pengubahsuaian,pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini dengan memberi notis terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan platform ini atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana terdapat keperluan untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa terlebih dahulu memberikan sebarang notis kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan,pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini

5. Pengubahsuaian Kepada Perkhidmatan

KERAJAAN NEGERI JOHOR mempunyai hak pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa untuk mengubahsuai atau menamatkan, secara sementara atau tetap, perkhidmatan (atau mana-mana bahagiandaripadanya) dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian,penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

6. Umum

Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah terma dan syarat hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambil kira dalam tafsiran syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah disisi undang-undang semasa atau akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah tidak pernah terdiri daripada sebahagian Terma dan Syarat dan peruntukan-peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini akan kekal dengan kuat kuasa penuh dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah.

Maklumat Cukai
-

RM 0.00


Nombor Resit
-
Tarikh Resit
-
Nama Pembayar
-
Platform Bayaran
-
Pejabat Terimaan
-
Status Bayaran
SHTJ Logo

Hasil Hub Johor menyediakan perkhidmatan digital berkaitan urusan hasil tanah secara lebih pantas, selamat dan efisien.

Capaian Menu

  • Utama
  • Mengenai Kami

Download App

Hubungi Kami

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor, Bangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, 79576 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
hasilhub@johor.gov.my
07-2666893 / 07-2666805
Β© 2026 Hasil Hub Johor. Hak Cipta Terpelihara.
Privacy Policy Terms & Conditions
Chat
Hasil Hub Virtual Assistant
Online
Hai πŸ‘‹

Saya pembantu maya Hasil Hub. Sila isi maklumat anda untuk memulakan sesi bantuan.

  • πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia (+60)
  • πŸ‡ΈπŸ‡¬ Singapore (+65)
    Laman ini dilindungi oleh reCAPTCHA dan Google Dasar Privasi dan Terma dan Syarat digunakan.

    Pilih Jenis Pendaftaran

    Sila pilih kategori pengguna

    Warganegara
    Bukan Warganegara / Pengenalan Diri Malaysia
    Syarikat

    Pilih Jenis Pendaftaran

    Sila pilih kategori pengguna

    Warganegara
    Bukan Warganegara / Pengenalan Diri Malaysia
    Syarikat