Log Masuk
Logo Hasil Hub Johor

Selamat Datang ke

Hasil Hub Johor

Hasil Hub Johor merupakan gerbang digital rasmi perkhidmatan hasil tanah Negeri Johor yang menyediakan kemudahan semakan cukai tanah dan cukai petak secara bersepadu. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui akses yang lebih cekap, telus dan selamat kepada maklumat hakmilik, sejarah transaksi serta urusan berkaitan cukai tanah dan cukai petak.

Perkhidmatan Digital Rasmi

Urusan Semakan Cukai Tanah Kini Lebih Pintar, Mudah & Teratur

Kami menyediakan perkhidmatan tanah dalam talian yang selamat dan efisien untuk memudahkan rakyat serta mempertingkatkan penyampaian kerajaan.

Kepelbagaian Sistem

Platform Rasmi Urusan Tanah Negeri Johor

Makluman Rasmi

Pemakluman

Paparan makluman dan notis penting berkaitan urusan tanah untuk rujukan orang awam.

5 April 2025 02:20 AM

Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965

Cukai Tanah yang dikenakan hendaklah dibayar pada awal tahun kalendar iaitu 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Cukai Tanah yang tidak dijelaskan selepas 31 Mei akan menjadi tunggakan untuk tahun tersebut.

5 April 2025 02:20 AM

Denda Lewat

Denda Lewat akan dikenakan jika pembayaran Cukai Tanah dijelaskan selepas 31 Mei. Kadar Denda Lewat 20% akan dikira atas cukai tanah yang tertunggak dengan kadar minima RM10.00. Cukai Tanah hanya perlu dibayar SATU(1) KALI SETIAP TAHUN.

5 April 2025 02:20 AM

Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965

Jika tidak dibayar pada tarikh ditetapkan, Notis Tuntutan (Notis 6A) akan dikeluarkan dengan dikenakan bayaran RM20.00 setiap notis. Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penyampaian notis 6A,tindakan MERAMPAS TANAH akan diambil. Penalti maksima 6 kali ganda nilai cukai tanah tertunggak dikenakan untuk menebus kembali tanah itu.

5 April 2025 02:20 AM

Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965

Setiap pemilik tanah berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah.